Jan 09, 2025 6PM
Lima jenama kopi miliki sijil halal Jakim
Beberapa jenama kopi di negara ini berjaya memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sekali gus menetapkan penanda aras baru dalam industri makanan Malaysia.
Pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu membantu memastikan bahawa semua bahan digunakan tidak mengandungi unsur haram.
Selain dilihat membawa kepentingan dari sudut agama, pensijilan halal juga membawa manfaat kepada perniagaan yang diusahakan mereka.
Kinihalal menyenaraikan lima jenama kopi yang kini adalah pemegang SPHM:
1. ZUS Coffee
ZUS Coffee menyifatkan perjalanan untuk mendapatkan sijil halal bukan perkara mudah tetapi dengan kecekalan dan ilmu dalam halal, rangkaian kedai kopi tempatan itu mampu melakukannya.
photo credit ZUS Coffee Instagram
2. Oriental Kopi
Jenama kopi berasal dari Hainan, China, ditubuhkan empat tahun lalu itu mempunyai 14 cawangan di seluruh Malaysia. Pengarah Urusan Oriental Kopi, Calvin Chan, menyifatkan pengiktirafan itu sebagai pencapaian bersejarah memandangkan proses mendapatkan SPHM dalam industri makanan dan minuman amat mencabar.
photo credit Oriental Coffee Instagram
3. Kopi Rakyat
SPHM telah memberi impak besar kepada jenama Kopi Rakyat, kopi tempatan dari Johor Bahru, dengan peningkatan jualan sebanyak 30 peratus selepas mendapatkan pensijilan halal melalui bimbingan Maybank Islamic di bawah skim premis makanan Mei lalu.
photo by Kinihalal
4. HWC Coffee
Dengan hampir 70 cawangan di seluruh Malaysia, HWC Coffee dari Taiwan memastikan semua produknya memenuhi piawaian tertinggi dari segi kualiti, kebersihan dan pematuhan dengan hukum pemakanan Islam.
photo credit HWC Coffee
5. Gigi Coffee
Gigi Coffee komited untuk mengekalkan piawaian tertinggi di setiap cawangan untuk memastikan jenama itu menawarkan produk dan perkhidmatan yang dijamin halal.
Usaha Gigi Coffee untuk mendapatkan sijil halal muncul pada waktu yang tepat, di tengah pertumbuhan pesat jenama itu yang meraih reputasi sebagai salah satu rangkaian kopi paling popular di Malaysia.
Pensijilan halal adalah sebahagian daripada strategi yang lebih luas yang menumpukan Gigi Coffee pada pengekalan piawaian tertinggi dalam semua aspek operasi, daripada sumber produk hingga penyampaian perkhidmatan.
photo credit Gigi Coffee
Waktu Solat
12 Jan 2025
Waktu solat berikutnya,
Maghrib
pada
19:22